sila lah KLIK ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 14 December 2014

KAILAN IKAN MASIN


sALAM..
hAI..!!

Dah makan ke tu or diet tak makan malam.
Makan jugak la kan walaupun sedikit.Kalau nak diet sesuai benar makan sayur ni .
Kalau dapat baby kailan lagi sedap, lembut dan rangup, di cameron memang banyak jual.
Dalam gambar ' bapak ' kailan, sedikit keras dan batang nya besar2 tetapi tetap sedap.
Kalau makan kat kedai kami jarang oder sayur ber ikan masin sbb kekadang ikan masin nya x sesuai dengan tekak kami.
Ini kkzu guna ikan masin tenggiri jeruk yang kkzu beli di pasar behrang dengan seorang makcik di pasar behrang.Seekor baru rm 13 macam tu. Jika kami balik ke rumah mak mertua di tg malim pasti kami singgah pasar behrang utk beli stok ikan masin sbb katenye ikan masin ni dari sabak bernam .Memang sedap dan fresh.
Penyediaan yang kkzu rasa ramai yng tahu masak sayur tetapi xpe nak share jugak laa ya.Mana tahu ade pengantin baru yng baru nak berjinak jinak ketuk kuali boleh la mencuba ya...heee

BAHAN BAHAN

2 ikat sayur kailan ( potong dan bersihkan )
2 ketul ikan masin tenggiri jeruk
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih ( ketuk je )
1 biji cili merah ( hiris )
5 biji cili api ( ketuk je ) ~ pilihan
air, gula,garam , minyak secukup rasa& lada sulah

CARA CARA

 Goreng ikan masin hingga masak, ketepikan
Tumis bawang, bawang putih dan cili masak dan cili api hingga naik bau menggunakan minyak lebihan goreng ikan masin tadi
Masukkan sedikit air ( agak2 )
Masukkan ikan masin ( hancurkan dengan sudip )
Masukkan sayur, goreng jangan lama sangat ~ agak2 layu sahaja
Sesuaikan dengan rasa sedikit gula ( pengganti aji ), sedikit sahaja garam sbb ikan masin dan masin,sedikit lada sulah
Siap , angkat dan tabur bawang goreng jika suka.




No comments:

Post a Comment